21 April 2010

Jamuan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah



Pada 28 November 2009 (Sabtu) pada jam 7 malam bertempat di setiap hostel kediaman pelajar iaitu Hostel 1, 3 dan 5 telah dianjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah.
Majlis ini diadakan secara berasingan mengikut hostel masing-masing berikutan arahan kuarantin yang telah dikeluarkan pihak Akademi bagi mencegah penularan virus selsema H1N1 yang semakin serius di Bandar Nizhny Novgorod.

Majlis di Hostel 5 dimulakan dengan solat Ishak dan laungan takbir hari raya yang diketuai oleh Imam Muda, Saudara Amen Syaher dan kemudiannya diteruskan dengan Takzirah Hari Raya Aidiladha oleh Saudara Azli bin Nasaruddin. Majlis ini telah disertai oleh hampir semua muslimin berpakaian hansome bergaya dengan Baju Melayu dan muslimah pelajar Malaysia yang cantik manis dengan Baju Kurung. Walaupun jauh di perantauan , pakaian tradisonal Melayu tetap menjadi pilihan warga Nizhny dalam Majlis-majlis keraian.

Antara hadirin yang hadir semasa malam Jamuan Hari Raya Aidiladha di Hostel 5.

Tazkirah Aidiladha oleh Saudara Azli selaku penceramah jemputan.

Terlalu kusyuk mendengar tazkirah.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan Jamuan Makan Malam. Pelbagai hidangan lauk-pauk berasaskan daging yang sedap-sedap belaka telah disediakan oleh pelajar-pelajar secara bergotong-royong sejak dari pagi lagi. Antara lauk-pauk yang disediakan ialah satay daging, daging sup, daging masak kicap lada hitam, daging masak asam dan pelbagai lagi.

Ketika menikmati hidangan jamuan.

Menikmati lauk-pauk yang sedap selepas penat memasak dari pagi.

Jelas terpancar kepuasan dan kegembiraan di muka para pelajar ketika menikmati hidangan setelah berpenat lelah memasak sejak dari pagi.

Majlis-majlis di hostel lain tidak jauh bezanya dan turut menghidang pelbagai lauk pauk berasaskan daging. Sekurang-kurangnya walaupun jauh dari kampung halaman, kehangatan dan juadah istimewa ketika Hari Raya Aidiladha tetap dapat dirasai. Majlis seperti ini seperti mengubat rindu kepada kampung halaman terutamanya buat pelajar tahun pertama yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan.

No comments:

Post a Comment