06 October 2010

Majlis Mesra Aidilfitri bersama Menteri Belia dan Sukan

Pada 30 September 2010, kami mendapat jemputan daripada Kelab Umno Moscow untuk turut serta menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri bersama pengerusi Kelab UMNO Luar Negara merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah, Timbalan Menteri Luar, YB Dato' Richard Jaem. Program ini julung-julung kalinya diadakan di Kedutaan Besar Moscow.



Seramai 38 orang warga Malaysia di Nizhny yang bertolak pada pukul 9 pagi dari sini dengan menaiki sebuah bas. Kira-kira jam 5 petang kami tiba di Kedutaan Malaysia di Moscow. Walaupun perjalanan lama itu agak memenatkan, namun semangat yang ada untuk turut serta menghadiri majlis tersebut tidak pernah luntur malah kami sangat beruntung kerana berkesempatan untuk mengahadiri majlis seperti ini.

Majlis yang bermula pada jam 730 malam ini dihadiri oleh 600 orang pelajar dan rakyat Malaysia di Moscow. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dengan penuh semangat, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar Malaysia, saudara Mohd Akmal Bin Salleh. Kemudiannya diikuti dengan ucapan yang ringakas tapi penuh bermakna daripada Dato' Richard Jaem dan seterusnya ucapan dari  Dato' Ahmad Shabery Cheek sekaligus merasmikan Majlis Mesra Aidilfitri ini.



Kata-kata beliau banyak memberi perangsang kepada kami sebagai penuntut di Russia agar terus kekal dan tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang. Beliau cukup teruja dengan komitment pelajar di Russia dan jiwa yang kental mengharungi kehidupan di bumi beku ini.


Kemudian, majlis diteruskan dengan sessi jamuan makan malam. Saat ini, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek dan YB Dato' Richard Jaem berkesempatan untuk beramah mesra dengan pelajar dan turut menghidangkan makanan buat para pelajar. Kami sebagai tetamu berasa cukup gembira dengan layanan yang diberikan.

Kira-kira jam 1100 malam, majlis pun bersurai. Dan kami sebagai pelajar yang menuntut di Nizhny pulang semula ke tempat kami dengan menaiki bas. Walaupun kami keletihan, namun kerana semangat dan kasihlah kami tetap ingin menjayakan majlis ini. Moga suatu hari nanti, kami berpeluang sekali lagi untuk menghadirinya.

No comments:

Post a Comment