25 October 2011

24 October 2011

JOM berQURBAN~

salam wbt...
alhamdulillah..masih bernafas dalm jiwa hamba??
ape khabar KUNIZH dan mungkin juga sahabat2 dr bahgian dunia yang lain:)

hem....dah tiba masanye ,,kita mengingati satu KISAH yang sgt menyentuh  hati ,meruntun Jiwa,,kisah satu pengorbanan seorang hamba ,yang di uji untuk membuktikan CINTA..
ewah~ dah panjang clue nie...silah teka?? siapa2?

SIAPA LAGI??

nabi IBRAHIM as..
seorang hamba yang dicintai ALLAH , kerana berjaya membuktikan cintaNYA ,walau di uji dgn ujian yang sgt besar.
hamba ALLAH yang terpaksa mengorbankan ANAKnya sendiri..hanya kerana perintah ALLAH SWT
.anaknya  sendiri Nabi ISMAIL.
nabi Ismail juga, sanggup diqurbankan kerana menurut perintah ALLAH, sanggup kehilangan nyawa sendiri...kerana apa???
kerana ketaatan ~
ya, TAAT~ ketaatan ini bukan  kerana mereka hamba,ttp kerana mereka hamba yang mencintai penciptaNYA.

jadi...sempena mengingati kisah cinta dan pengorbanan ini,
kami mengajak anda memeriahkan  raya QURBAN kita tahun ini ...

JOM QURBAN...
berminat??
sila hubungi
1) ZHAFRAN ( +79108736235)
2) AINA ( +79103830584)
atau  mana2 ahli KUNIZH ,,

20 October 2011

AGM KUNIZH


LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUNIZH 2011

            Mesyuarat agung tahunan KUNIZH kali ke-5 ini telah berlangsung pada 15 Oktober 2011 lalu, bertempat di Dewan Hostel 3 NNSMA. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh KUNIZH pada sesi 2010/2011 lalu dan memperkenalkan barisan kepimpinan KUNIZH yang baru. Dianggarkan seramai 75 orang ahli KUNIZH telah menghadiri majlis ini.

            Majlis bermula dengan sesi pendaftaran ahli pada pukul 8.00 malam dan diteruskan dengan bacaan doa serta nyanyian lagu negaraku yang penuh bersemangat oleh hadirin majlis. Seterusnya, saudari Farahani Nabila telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang pernah dianjurkan seperti Majlis Sambutan Raya, Winter Cup dan lain-lain. Pembentangan ini telah menarik perhatian para hadirin dengan adanya video yang memaparkan gambar-gambar kenangan di setiap program lalu. Pembentangan kewangan pula telah disampaikan oleh saudari Maizatul Asiah.

Majlis diteruskan lagi dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman dan perlantikan barisan kepimpinan KUNIZH bagi sesi 2011/2012. Kepimpinan baru ini bakal diterajui oleh saudara Wan Ahmad Zhafran bin Wan Roslan sebagai Pengerusi, dan dibantu oleh saudara Muhamad Zarul Azwan Zulkifli sebagai Timbalan Pengerusi, Amal Ruhi dan Annis Farahanna selaku Setiausaha, Muhd Ashraaf selaku Bendahari, Farahani Nabila dan Engku Muhd Arif selaku Exco Penerangan, Fatin Hanani, Nadiah Yunos, dan Mohd Abdul Rahman selaku Exco Sukan dan Rekreasi, Mohd Hasnul dan Aina Syazwani selaku Exco Kebajikan.




Setelah tamat upacara perlantikan, majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi KUNIZH yang menjelaskan hala tuju dan rancangan KUNIZH di masa hadapan kelak. Saudara Zhafran turut menyampaikan hasratnya yang menginginkan sepenuh kerjasama dan sokongan oleh setiap ahli KUNIZH agar dapat sama-sama menerajui KUNIZH ke arah kemajuan dan kecemerlangan. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan kudapan yang disediakan buat para hadirin.