27 April 2010

Lawatan ke Kilang Kristal Vladimir 2010

Salam sejahtera kepada semua pelajar Malaysia bumiputera di NNSMA.

Kunizh akan menganjurkan lawatan ke Kilang Kristal yang tersohor di Russia pada hari Sabtu tarikh 15hb Mei 2010. Kilang Kristal yang diberi nama "Gus-Khrustalny" ini terletak di Vladimir, salah sebuah negeri di Russia. Kedudukan negeri Vladimir ini bersebelahan dengan negeri Nizhny Novgorod.


Gus-Khrustalny juga merupakan salah satu pusat tertua di Russia dalam sektor perusahaan kaca dan kristal.

Berikut adalah tentatif perjalanan:

6.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Hostel No.3 dan Bas bertolak

10.oo pagi : Dijangka tiba di Gus-Khrustalny

3.00 petang : Lawatan sekitar bandar Vladimir

6.00 petang : Bertolak pulang ke Nizhny Novgorod

Makanan dan minuman tidak disediakan sepanjang program ini. Sila bawa bekalan makanan sendiri untuk sepanjang hari lawatan.



Kepada sesiapa yang berminat sila buat tempahan, dan dapatkan maklumat mengenai lawatan dari wakil-wakil Kunizh berhampiran anda. Tarikh tutup penyertaan pada 2hb Mei 2010. Bayaran yuran penyertaan adalah RUR 500. Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Presiden Kunizh, Saudara Hasnul di talian 89200196928 atau Timb. Presiden, Saudari Atam 89200188707.

24 April 2010

Syabas kepada Kontigen NNSMA atas penyertaan di temasya Sukan Intervarsiti Malaysia kali ke-7 di Kursk, Russia


Kelab Umno Luar Negara Nizhny Novgorod (Kunizh) mengucapkan syabas kepada ahli-ahli kelab yang telah menyertai temasya Sukan Intervarsiti Malaysia kali ke-7 (VIIth Malaysian Intervarsity Games) yang berlangsung di Kursk, Russia pada 16-18 April 2010 yang lalu.
Kontigen NNSMA berjaya membawa pulang 4 pingat gangsa dari temasya tersebut menerusi sukan bola keranjang perempuan, bola baling lelaki, hoki dalam dewan lelaki dan acara tarik tali.

Kunizh juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur kejohanan Kursk State Medical Academy (KSMU) di atas kejayaan menjadi tuan rumah dan pencapaian terbaik dengan merangkul 10 pingat emas.

Kontigen NNSMA telah menghantar seramai 87 orang dan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan kecuali dalam acara ping pong, bola jaring dan Cybergames.

Walaupun keputusan kali ini tidak memberangsangkan namun Kunizh percaya pelajar Malaysia kelompok Nizhny akan berusaha lebih keras dalam memastikan hasil dan keputusan yang lebih baik pada kejohanan akan datang yang bakal berlangsung di Moscow dengan Moscow Medical Academy (MMA) sebagai tuan rumah untuk temasya kali ke-8 nanti.

Insya Allah, Kunizh dengan perancangan dan perbelanjaan yang teratur serta lebih kemas bercadang akan memperuntukkan sejumlah sumbangan kepada ahli-ahli Kunizh yang aktif ke temasya di Moscow tahun hadapan bagi meringankan beban atlet seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk lebih bersedia menghadapi temasya sukan terbesar di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di bumi Russia.

23 April 2010

SOROTAN HARI KELUARGA NIZHNY




Hari Keluarga di Nizhny telah dianjurkan sejak tahun 2008. Buat pertama kalinya , Kelab UMNO Nizhny Novgorod telah melibatkan diri dalam penganjuran Hari Keluarga 2009 bersama dengan PPIM Nizhny. Buat pertama kalinya juga Hari Keluarga 2009 telah diberikan tema ‘JOM SANTAI SESAMA KITA’. Sejak daripada penganjuran kali pertama pada tahun 2008, Hari Keluarga telah mengalami pelbagai evolusi dalam usaha menjadikan program ini lebih menarik. Program yang kebiasaaannya diadakan pada cuti Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun telah mendapat sambutan hangat daripada warga Nizhny dan telah menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan tatkala musim bunga menjelma.

Bersenam di Perkarangan Hostel 3

Berjalan kaki menuju ke tapak Hari Keluarga.

Ketika sedang bermain futsal

Akibat terlalu bersemangat ,bola masuk ke dalam tasik.Bergotong-royong mengutip bola yang terjatuh ke dalam tasik

Hari Keluarga ini dianjurkan bagi mengumpulkan warga bumiputera di Nizhny dalam usaha memperkukuhkan silaturahim yang telah dibina dan sebagai medan perkenalan antara junior dan senior.Penganjuran Hari Keluarga sentiasa dikemaskini selaras dengan perkembangan sesama dan bagi memastikan ia terus menjadi tarikan kepada warga Nizhny.

Semangat berpasukan yang ditunjukkan.

Sebelum pulang kembali ke hostel.

Di akhir program sebelum Majlis Penyampaian Hadiah.

Membersihkan kembali tapak program sebelum pulang.

Nantikan kedatangan Hari Keluarga 2010 pada 1 Mei ini.Sertai evolusi Hari Keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Amazing Race,BBQ, Sukaneka dan lain-lain.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Daftar segera kepada wakil batch masing-masing.


21 April 2010

Pelancaran Group KUNIZH di Facebook


Sertai Group KUNIZH di Facebook bagi mengetahui aktiviti dan perkembangan terkini Kelab Umno Nizhny Novgorod. Jangan Ketinggalan.'Stay Tuned'

Iklan Hari Keluarga KUNIZH-PPIM 2010

.
Program yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Nizhny kini kembali.
Sila daftarkan diri anda kepada wakil-wakil batch anda sebelum 26 April 2010 untuk penyertaan. Sertai kami pada Hari Keluarga 2010 pada 1 Mei ini bertempat di Park.
Jangan Ketinggalan

Давай Вместе KUNIZH 2010


Buat julung-julung kalinya, pada 3 dan 4 April yang lalu ,Kelab UMNO Nizhny
Novgorod (KUNIZH), telah menganjurkan Program DAVAI B MESTE yang berkonsepkan induksi ,suai kenal dan santai bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara pelajar-pelajar bumiputera di Nizhny.Program yang berkonsepkan seumpama ini pertama kali dianjurkan dan telah berjaya mengumpulkan hampir 70 orang pelajar Melayu Bumiputera di Nizhny Novgorod State Medical Academy(NNSMA).Selain itu, program ini juga mendapat respons yang sangat positif dari pelajar-pelajar yang menyertainya.


Para peserta sedang menyanyikan lagu-lagu patriotik

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta terlebih dahulu. Kemudian mereka dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Selepas tamat sesi pendaftaran , program dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar tahun 6, Mohd Fadzli bin Zahari. Selepas selesai bacaan doa,presiden KUNIZH, Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli memberi sepatah kata dua sebelum memulakan aktiviti program Davai Bmeste.

Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ,Abdul Halim bin Abu Bakar. Aktiviti program ini dimulakan dengan Ice Breaking, dimana semua peserta berkenalan dengan peserta-peserta di dalam kumpulan masing-masing dan juga kumpulan lain. Setiap kumpulan juga dikehendaki membuat ‘cheer’ bagi kumpulan mereka.


Kumpulan Kislika sibuk bermain game 'Charade'

Selepas tamat sesi suai kenal, program ini dihangatkan lagi dengan permainan ‘Charade’. Dalam permainan ini,setiap kumpulan dikehendaki meneka apa yang dilakonkan oleh ahli kumpulan mereka.

Kumpulan Kesatuan sedang bermain Game 'Charade)


Selepas sahaja selesai aktiviti itu, para peserta dipanaskan lagi dengan permainan ‘Throw Your Story’. Permainan ini sangat menarik dan menguji kreativiti para peserta. Dalam permainan ini,mereka dikehendaki untuk menyambung cerita yang diberikan kepada mereka. Kita dapat lihat bagaimana kreativiti peserta-peserta untuk menjadikan cerita mereka lebih menarik.

Bangunan yang telah dicipta dalam game 'Minda Kreatif '

Pada keesokan harinya pula, para peserta diuji pula dengan permainan kuiz. Para peserta diberikan soalan mengenai hal-hal berkaitan dengan berita semasa dan sejarah. Sebaik sehaja selesai permainan kuiz,para peserta sekali lagi diuji daya kreativiti mereka dengan permainan ‘Minda Kreatif’. Dalam permainan ini, pihak penganjur meminta peserta untuk mereka bangunan mengikut soalan yang diberikan.Bangunan tersebut merupakan tarikan pelancongan di Bandar Nizhny Novgorod.

Aksi peserta dalam game 'Trading' ketika menguji skil keusahawanan masing-masing.

Kemudian aktiviti terakhir untuk program Davai Bmeste,iaitu permainan ‘Trading’. Dalam permainan ini,para peserta akan berinteraksi dengan setiap kumpulan untuk membeli barangan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.Permainan ini juga melatih skil keusahawanan dan interaksi dalam bidang perniagaan.

Sebaik sahaja tamat permainan ‘Trading’,tibalah masa untuk penyampaian hadiah. Kumpulan Poyo berjaya merangkul tempat pertama,manakala tempat kedua pula kumpulan Apam balik dan tempat ketiga kumpulan Kesatuan.

Penyampaian hadiah oleh Presiden KUNIZH kepada Kumpulan POYO selaku juara.

Hadiah saguhati kepada kumpulan-kumpulan lain.

Ternyata program seperti ini berjaya merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar senior dan junior. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.





Jamuan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah



Pada 28 November 2009 (Sabtu) pada jam 7 malam bertempat di setiap hostel kediaman pelajar iaitu Hostel 1, 3 dan 5 telah dianjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah.
Majlis ini diadakan secara berasingan mengikut hostel masing-masing berikutan arahan kuarantin yang telah dikeluarkan pihak Akademi bagi mencegah penularan virus selsema H1N1 yang semakin serius di Bandar Nizhny Novgorod.

Majlis di Hostel 5 dimulakan dengan solat Ishak dan laungan takbir hari raya yang diketuai oleh Imam Muda, Saudara Amen Syaher dan kemudiannya diteruskan dengan Takzirah Hari Raya Aidiladha oleh Saudara Azli bin Nasaruddin. Majlis ini telah disertai oleh hampir semua muslimin berpakaian hansome bergaya dengan Baju Melayu dan muslimah pelajar Malaysia yang cantik manis dengan Baju Kurung. Walaupun jauh di perantauan , pakaian tradisonal Melayu tetap menjadi pilihan warga Nizhny dalam Majlis-majlis keraian.

Antara hadirin yang hadir semasa malam Jamuan Hari Raya Aidiladha di Hostel 5.

Tazkirah Aidiladha oleh Saudara Azli selaku penceramah jemputan.

Terlalu kusyuk mendengar tazkirah.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan Jamuan Makan Malam. Pelbagai hidangan lauk-pauk berasaskan daging yang sedap-sedap belaka telah disediakan oleh pelajar-pelajar secara bergotong-royong sejak dari pagi lagi. Antara lauk-pauk yang disediakan ialah satay daging, daging sup, daging masak kicap lada hitam, daging masak asam dan pelbagai lagi.

Ketika menikmati hidangan jamuan.

Menikmati lauk-pauk yang sedap selepas penat memasak dari pagi.

Jelas terpancar kepuasan dan kegembiraan di muka para pelajar ketika menikmati hidangan setelah berpenat lelah memasak sejak dari pagi.

Majlis-majlis di hostel lain tidak jauh bezanya dan turut menghidang pelbagai lauk pauk berasaskan daging. Sekurang-kurangnya walaupun jauh dari kampung halaman, kehangatan dan juadah istimewa ketika Hari Raya Aidiladha tetap dapat dirasai. Majlis seperti ini seperti mengubat rindu kepada kampung halaman terutamanya buat pelajar tahun pertama yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan.

20 April 2010

Review Majlis Qurban Aildiladha 2009


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah yang disambut pada 27 November 2009, Kelab UMNO Nizhny Novgorod telah manganjurkan Majlis Qurban Aidiladha 2009 pada petang 27 November 2009(Jumaat) bertempat di Rumah Sembelihan Ukrankaya Street.

Ibadah Qurban kali ini telah mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada muslimin dan muslimah pelajar Malaysia di Nizhny. Sebanyak seekor lembu dan 3 ekor kambing telah disembelih badi ibadah qurban kali ini. Bekas Pegawai JPA di Moscow, En. Azman bin Ishak turut bermurah hati menyertai ibadah qurban ini. KUNIZH turut membeli seekor kambing dan disumbangkan untuk Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha yang diadakan.

Saudara Halim, Timbalan Presiden KUNIZH mengetuai majlis Qurban bersama pelajar-pelajar lain.

Majlis Qurban di Ukrankaya Street bermula pada pada pukul 4 petang dan berakhir sekitar jam 9 malam telah diketuai oleh Timbalan Presiden KUNIZH ,Saudara Abd Halim B Abu Bakar dan turut dibantu oleh pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar tahun pertama yang begitu teruja apabila menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali di perantauan.

Kumpulan yang bertugas di Rumah Sembelihan telah bergotong-royong untuk membantu proses sembelihan dan melapah daging lembu dan kambing serta membersihkannya untuk dibawa ke hostel kediaman pelajar dan diserahkan kepada kumpulan seterusnya yang telah diketuai oleh Presiden KUNIZH sendiri ,Saudara Mohd Hasnul Helmi. Kumpulan ini telah menimbang dan membahagikan daging, tulang dan organ kepada 7 bahagian bagi lembu sebelum diserahkan kepada peserta Qurban. Keseluruhan proses berakhir sekitar jam 12 tengah malam.


Ketika proses melapah daging dijalankan .

Berehat bersama-sama dengan pekerja rumah sembelihan dan penduduk tempatan selepas selesai proses melapah daging.

Sebahagian daripada daging Qurban ini telah diserahkan keesokan paginya kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada fakir miskin di sekitar Bandar Nizhny. Daging qurban selebihnya telah diagihkan kepada pelajar-pelajar muslim NNSMA dan turut disumbangkan untuk dibuat jamuan.Daging untuk jamuan pula telah diserahkan kepada pasukan memasak yang diketuai oleh Timbalan Presiden 2 KUNIZH, Saudari Fatimah Bt Othman.

Majlis Qurban 1430Hijrah telah berlansung dengan lancar dan jayanya .Terima kasih kepada semua peserta Qurban dan pelajar-pelajar lain yang turut bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis Qurban kali ini. Walaupun jauh menuntut ilmu di perantauan , majlis ini tetap berjaya dianjurkan menunjukkan semangat kerjasama dan ukhwah yang erat di antara ahli-ahli KUNIZH khususnya dan semua pelajar umumnya.

Pertandingan Bowling KUNIZH 2009


Pada 6 November 2009 yang lalu ,Kelab Umno Nizhny (KUNIZH) telah mengadakan Pertandingan Bowling Kelab Umno Nizhny bertempat Pusat Bowling Hotel Aka. Pertandingan Bowling yang julung-julung kali dianjurkan oleh KUNIZH telah meandapat sambutan yang sangat hangat daripada pelajar bumiputera di Nizhny Novgorod State Medical Academy(NNSMA).

Pertandingan bowling ini dimulakan pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang telah mempertandingkan 2 kateogori iaitu Berkumpulan Lelaki dan Berkumpulan Perempuan.Setiap kumpulan dianggotai oleh 4 orang pemain.Pertandingan kali ini telah disertai oleh 12 kumpulan iaitu 7 pasukan berkumpulan lelaki dan 5 kumpulan berpasukan Perempuan.

Walaupun dalam musim sejuk, kegigihan para peserta untuk meredahi kesejukan demi menyertai pertandingan ini amat mengharukan pihak penganjur . Pertandingan ini telah menjadi medan untuk para pelajar menunjukan bakat terpendam yang dimiliki dan turut menjadi medan percubaan kepada peserta yang pertama kali bermain bowling.Pelbagai skill baru turut dicipta oleh pemain yang bermain buat kali pertama.

Pelbagai skill dan style balingan ala pemain professional ‘Shalin Zulkifli’ yang telah ditunjukkan oleh para peserta menunjukkan Nizhny juga tidak ketandusan pemain berbakat bagi membawa nama Nizhny dalam Sukan Antara Universiti Russia yang diadakan setiap tahun.

Pertandingan sengit telah berlansung menunjukkan kesungguhan para peserta bagi merebut Hadiah untuk Johan dan Naib Johan serta Pemain Terbaik bagi setiap Kateogori yang dipertandingkan. Pertandingan berakhir pada pukul 6 petang dan diteruskan dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Presiden Kelab Umno Nizhny Novgorod (KUNIZH) ,Saudara Mohd Hasnul Helmi B Zulkifli. Majlis berakhir pada pukul 6.30 petang.

Berikut Pemenang Pertandingan Bowling KUNIZH 2009

Kateogori Berpasukan Lelaki:
Johan -Kumpulan Confirm Menang (Izar,Asfar,Zahfran)
Naib Johan - Kumpulan Poyo Nak Menang(amir, ash, jam, apo)
Pemain Terbaik -Iqbal

Kateogori Berpasukan Perempuan:
Johan - Kumpulan Dang (Syikin Said Fatimah Othman Jamaliza , Ieja Farah )
Naib Johan - Kumpulan Farah Fadhil amal ruhi, eugene,irfan
Pemain Terbaik -Erna Nadia

Pasukan Lain yang turut menyertai:

Kumpulan Kelab Nur: Hafiz Beckham Iqzal Ainuddin Aizat ,kak Shu
Kumpulan Adam syaher : Amen Syaher, Hasnul Zulkifli, Hafiz Bin Yusof ,
Kumpulan Zaheer Firdaus Robo Logam
Kumpulan Yakin : M Hazim B Abdullah ,Azli ,Asyraf ,Michael Pui
Kumpulan Sepi : Atikah Rahim, Farahani Nabila , Izzah Salim , Fatin Hanani
Kumpulan Noname : Sai,Ruby,Sabrina ,Ain
Kumpulan Erna Nadia , Ahmad Firdaus, Adam Rizal,
Kumpulan Iqbal ,Fitri, Iryan Othman , Adli Sofian

Semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua para peserta sangat mengagumkan pihak KUNIZH. KUNIZH ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai dan terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam penganjuran Pertandingan Bowling KUNIZH 2009. Semoga kita bertemu di edisi akan datang.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.