27 October 2010

Berminat untuk membuat korban?

Salam wrt semua,

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak KUNIZH akan mengadakan majlis korban. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, butir-butir adalah seperti berikut :

Harga untuk setiap bahagian LEMBU :

1 bahagian lembu - Rub 4000 hingga Rub 4500

Anda berminat??? Sila hubungi kami :

1) Fatimah Othman (+79200221640)
2) Hasnul Zulkifli (+79200146928)
3) Hakim Aminullah (+79200084529)
4) Siti Nur Far'izul Ba'idah aka ejoe (+79030544279)
5) Abd Halim (+79200386879)

Tarikh tutup untuk anda memberikan nama adalah pada 5 NOVEMBER 2010



"Daging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan padaMu.........." (Al hajj:37)


17 October 2010

Mesyuarat Agung Tahunan 2010/2011

Pada 9 Oktober 2010, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4. Majlis bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara (KUNIZH) 2010/2011. Majlis ini dihadiri lebih 70 orang pelajar yang merupakan ahli KUNIZH serta tetamu jemputan daripada barisan kepimpinan Malaysian Student Association (MSA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Indian Student Association (MISA) sebagai pemerhati dan juga sebagai tanda kesediaan KUNIZH untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan di Nizhny pada masa yang mendatang.

Majlis bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Dewan Asrama Hostel 3. Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang yang jarang sekali bergema di Nizhny.



Acara diteruskan dengan bacaan doa dan pembentangan perlembagaan KULN oleh saudara Hafiz Harun Saudara Hafiz menekankan fasal-fasal perlembagaan KULN yang dikira penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar Nizhny seperti syarat-syarat keahlian dan kepentingan bekerjasama antara kaum. Seterusnya diikuti dengan perlembagaan aktiviti-aktiviyi lepas dan kewangan.

Kemudian berlangsung upacara pelantikan barisan Kepimpinan KUNIZH 2010/2011 yang terdiri daripada 20 orang ahli. Ahli Majlis Tertinggi yang baru diketuai oleh Saudara Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli, diikuti dengan bacaan ikrar dan tandatangan akur janji oleh pengerusi KUNIZH. Diharap dengan barisan kepimpinan yang baru ini, mampu membawa KUNIZH maju setapak lagi ke hadapan.



Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua-ketua exco, timbalan pengerusi dan diakhiri dengan ucapan pengerusi KUNIZH yang telah menjelaskan hala tuju KUNIZH dan rancangan masa depan KUNIZH. KUNIZH 2010/2011 akan cuba sebaiknya untuk menjaga kebajikan, meningkatkan mutu sukan dan akademiknya, dan sekiranya mendapat bantuan dan sokongan seratus peratus daripada para pelajar Nizhny dengan izin Allah, semua perancangan KUNIZH akan dapat direalisasikan.


06 October 2010

Annual Grand Meeting 2010

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua kaum bumiputera Malaysia di Nizhny Novgorad, sama ada ahli UMNO lama dan juga baru, anda dialu-alukan untuk menghadiri Mesyuarat Agung UMNO yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Sabtu, 9 Oktober 2010
1400-1700pm
Dewan besar Hostel 3

Sebagai ahli, anda berhak untuk mengetahui segala keistimewaan dan info-info terkini kelab yang akan dibentangkan di mesyuarat nanti.



Untuk makluman juga, semua ahli telah diedarkan borang pendaftaran bagi ahli baru dan borang kemas kini untuk ahli lama. Sesiapa yang belum menerima borang tersebut sila maklumkan kepada wakil batch anda.

Borang-borang tersebut hendaklah dihantar kepada wakil batch selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini beserta dengan yuran tahunan sebanyak 100 rubel bagi tujuan kebajikan.

Berikut adalah senarai nama wakil batch :

6th year : Hafiz (abe)
5th year : Abdul Halim
4th year : Hasnul dan Farahani
3rd year : Hakim dan Amal Ruhi
2nd year : Zhafran dan Far'izul Ba'idah(ejo)
1st year : Hasnul dan Fatimah (atam)








Majlis Mesra Aidilfitri bersama Menteri Belia dan Sukan

Pada 30 September 2010, kami mendapat jemputan daripada Kelab Umno Moscow untuk turut serta menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri bersama pengerusi Kelab UMNO Luar Negara merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah, Timbalan Menteri Luar, YB Dato' Richard Jaem. Program ini julung-julung kalinya diadakan di Kedutaan Besar Moscow.



Seramai 38 orang warga Malaysia di Nizhny yang bertolak pada pukul 9 pagi dari sini dengan menaiki sebuah bas. Kira-kira jam 5 petang kami tiba di Kedutaan Malaysia di Moscow. Walaupun perjalanan lama itu agak memenatkan, namun semangat yang ada untuk turut serta menghadiri majlis tersebut tidak pernah luntur malah kami sangat beruntung kerana berkesempatan untuk mengahadiri majlis seperti ini.

Majlis yang bermula pada jam 730 malam ini dihadiri oleh 600 orang pelajar dan rakyat Malaysia di Moscow. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dengan penuh semangat, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar Malaysia, saudara Mohd Akmal Bin Salleh. Kemudiannya diikuti dengan ucapan yang ringakas tapi penuh bermakna daripada Dato' Richard Jaem dan seterusnya ucapan dari  Dato' Ahmad Shabery Cheek sekaligus merasmikan Majlis Mesra Aidilfitri ini.



Kata-kata beliau banyak memberi perangsang kepada kami sebagai penuntut di Russia agar terus kekal dan tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang. Beliau cukup teruja dengan komitment pelajar di Russia dan jiwa yang kental mengharungi kehidupan di bumi beku ini.


Kemudian, majlis diteruskan dengan sessi jamuan makan malam. Saat ini, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek dan YB Dato' Richard Jaem berkesempatan untuk beramah mesra dengan pelajar dan turut menghidangkan makanan buat para pelajar. Kami sebagai tetamu berasa cukup gembira dengan layanan yang diberikan.

Kira-kira jam 1100 malam, majlis pun bersurai. Dan kami sebagai pelajar yang menuntut di Nizhny pulang semula ke tempat kami dengan menaiki bas. Walaupun kami keletihan, namun kerana semangat dan kasihlah kami tetap ingin menjayakan majlis ini. Moga suatu hari nanti, kami berpeluang sekali lagi untuk menghadirinya.

05 October 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010

Pada hari ahad, 18 Oktober 2010 yang lalu pihak Kelab Umno Luar Negara Nizhny (KUNIZH) berkolaberasi bersama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah menganjurkan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di perkarangan Hostel 3.

Majlis yang bermula daripada pukul 2 petang itu dihadiri oleh 350 orang pelajar Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada Mohd Hasnol Helmi, selaku pengerusi KUNIZH dan juga Ezwan Suryakarta, selaku pengerusi PPIM. Acara juga diteruskan dengan ucapan daripada Azli Nasiruddin sekalu pengarah project dan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010.


Kemudian, semua warga Nizhny dijemput mengambil pelbagai juadah makanan antaranya adalah nasi hujan panas, ayam madu, kuah dalca, kuah lodeh dan agar-agar. Sambil asyik menikmati makanan yang enak belak, majlis turut diajak untuk menghayati latunnan suara dari Mohd Hazim yang membacakan tilawah Al-quran. Di samping itu, majlis turut dihiburkan dengan merduan lagu-lagu raya  dan ucapan-ucapan yang telah didekasikan dari para pelajar sendiri.


Tepat jam 4 petang, adalah sessi yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu sessi bergambar mengikut batch. Dimulakan dengan batch tahun ke-6 dan sehinggalah tahun ke-2. Setelah puas para pelajar bergambar di merata tempat yang telah didekorasikan oleh pihak penganjur, maka tamatlah majlis kira-kira jam 5 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Sekali lagi, KUNIZH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Moga akan ada lagi majlis-majlis yang merapatkan hubungan antara semua pelajar di Malaysia tidak kira bangsa dan agama.