28 November 2010

Sukan piala musim sejuk 2010

Salam wrt dan selamat sejahtera.
Jom kita luangkan masa untuk beriadah seketika =)



27 October 2010

Berminat untuk membuat korban?

Salam wrt semua,

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak KUNIZH akan mengadakan majlis korban. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, butir-butir adalah seperti berikut :

Harga untuk setiap bahagian LEMBU :

1 bahagian lembu - Rub 4000 hingga Rub 4500

Anda berminat??? Sila hubungi kami :

1) Fatimah Othman (+79200221640)
2) Hasnul Zulkifli (+79200146928)
3) Hakim Aminullah (+79200084529)
4) Siti Nur Far'izul Ba'idah aka ejoe (+79030544279)
5) Abd Halim (+79200386879)

Tarikh tutup untuk anda memberikan nama adalah pada 5 NOVEMBER 2010



"Daging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan padaMu.........." (Al hajj:37)


17 October 2010

Mesyuarat Agung Tahunan 2010/2011

Pada 9 Oktober 2010, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4. Majlis bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara (KUNIZH) 2010/2011. Majlis ini dihadiri lebih 70 orang pelajar yang merupakan ahli KUNIZH serta tetamu jemputan daripada barisan kepimpinan Malaysian Student Association (MSA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Indian Student Association (MISA) sebagai pemerhati dan juga sebagai tanda kesediaan KUNIZH untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan di Nizhny pada masa yang mendatang.

Majlis bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Dewan Asrama Hostel 3. Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang yang jarang sekali bergema di Nizhny.



Acara diteruskan dengan bacaan doa dan pembentangan perlembagaan KULN oleh saudara Hafiz Harun Saudara Hafiz menekankan fasal-fasal perlembagaan KULN yang dikira penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar Nizhny seperti syarat-syarat keahlian dan kepentingan bekerjasama antara kaum. Seterusnya diikuti dengan perlembagaan aktiviti-aktiviyi lepas dan kewangan.

Kemudian berlangsung upacara pelantikan barisan Kepimpinan KUNIZH 2010/2011 yang terdiri daripada 20 orang ahli. Ahli Majlis Tertinggi yang baru diketuai oleh Saudara Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli, diikuti dengan bacaan ikrar dan tandatangan akur janji oleh pengerusi KUNIZH. Diharap dengan barisan kepimpinan yang baru ini, mampu membawa KUNIZH maju setapak lagi ke hadapan.



Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua-ketua exco, timbalan pengerusi dan diakhiri dengan ucapan pengerusi KUNIZH yang telah menjelaskan hala tuju KUNIZH dan rancangan masa depan KUNIZH. KUNIZH 2010/2011 akan cuba sebaiknya untuk menjaga kebajikan, meningkatkan mutu sukan dan akademiknya, dan sekiranya mendapat bantuan dan sokongan seratus peratus daripada para pelajar Nizhny dengan izin Allah, semua perancangan KUNIZH akan dapat direalisasikan.


06 October 2010

Annual Grand Meeting 2010

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua kaum bumiputera Malaysia di Nizhny Novgorad, sama ada ahli UMNO lama dan juga baru, anda dialu-alukan untuk menghadiri Mesyuarat Agung UMNO yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Sabtu, 9 Oktober 2010
1400-1700pm
Dewan besar Hostel 3

Sebagai ahli, anda berhak untuk mengetahui segala keistimewaan dan info-info terkini kelab yang akan dibentangkan di mesyuarat nanti.



Untuk makluman juga, semua ahli telah diedarkan borang pendaftaran bagi ahli baru dan borang kemas kini untuk ahli lama. Sesiapa yang belum menerima borang tersebut sila maklumkan kepada wakil batch anda.

Borang-borang tersebut hendaklah dihantar kepada wakil batch selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini beserta dengan yuran tahunan sebanyak 100 rubel bagi tujuan kebajikan.

Berikut adalah senarai nama wakil batch :

6th year : Hafiz (abe)
5th year : Abdul Halim
4th year : Hasnul dan Farahani
3rd year : Hakim dan Amal Ruhi
2nd year : Zhafran dan Far'izul Ba'idah(ejo)
1st year : Hasnul dan Fatimah (atam)








Majlis Mesra Aidilfitri bersama Menteri Belia dan Sukan

Pada 30 September 2010, kami mendapat jemputan daripada Kelab Umno Moscow untuk turut serta menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri bersama pengerusi Kelab UMNO Luar Negara merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah, Timbalan Menteri Luar, YB Dato' Richard Jaem. Program ini julung-julung kalinya diadakan di Kedutaan Besar Moscow.



Seramai 38 orang warga Malaysia di Nizhny yang bertolak pada pukul 9 pagi dari sini dengan menaiki sebuah bas. Kira-kira jam 5 petang kami tiba di Kedutaan Malaysia di Moscow. Walaupun perjalanan lama itu agak memenatkan, namun semangat yang ada untuk turut serta menghadiri majlis tersebut tidak pernah luntur malah kami sangat beruntung kerana berkesempatan untuk mengahadiri majlis seperti ini.

Majlis yang bermula pada jam 730 malam ini dihadiri oleh 600 orang pelajar dan rakyat Malaysia di Moscow. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dengan penuh semangat, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar Malaysia, saudara Mohd Akmal Bin Salleh. Kemudiannya diikuti dengan ucapan yang ringakas tapi penuh bermakna daripada Dato' Richard Jaem dan seterusnya ucapan dari  Dato' Ahmad Shabery Cheek sekaligus merasmikan Majlis Mesra Aidilfitri ini.



Kata-kata beliau banyak memberi perangsang kepada kami sebagai penuntut di Russia agar terus kekal dan tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang. Beliau cukup teruja dengan komitment pelajar di Russia dan jiwa yang kental mengharungi kehidupan di bumi beku ini.


Kemudian, majlis diteruskan dengan sessi jamuan makan malam. Saat ini, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek dan YB Dato' Richard Jaem berkesempatan untuk beramah mesra dengan pelajar dan turut menghidangkan makanan buat para pelajar. Kami sebagai tetamu berasa cukup gembira dengan layanan yang diberikan.

Kira-kira jam 1100 malam, majlis pun bersurai. Dan kami sebagai pelajar yang menuntut di Nizhny pulang semula ke tempat kami dengan menaiki bas. Walaupun kami keletihan, namun kerana semangat dan kasihlah kami tetap ingin menjayakan majlis ini. Moga suatu hari nanti, kami berpeluang sekali lagi untuk menghadirinya.

05 October 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010

Pada hari ahad, 18 Oktober 2010 yang lalu pihak Kelab Umno Luar Negara Nizhny (KUNIZH) berkolaberasi bersama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah menganjurkan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di perkarangan Hostel 3.

Majlis yang bermula daripada pukul 2 petang itu dihadiri oleh 350 orang pelajar Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada Mohd Hasnol Helmi, selaku pengerusi KUNIZH dan juga Ezwan Suryakarta, selaku pengerusi PPIM. Acara juga diteruskan dengan ucapan daripada Azli Nasiruddin sekalu pengarah project dan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010.


Kemudian, semua warga Nizhny dijemput mengambil pelbagai juadah makanan antaranya adalah nasi hujan panas, ayam madu, kuah dalca, kuah lodeh dan agar-agar. Sambil asyik menikmati makanan yang enak belak, majlis turut diajak untuk menghayati latunnan suara dari Mohd Hazim yang membacakan tilawah Al-quran. Di samping itu, majlis turut dihiburkan dengan merduan lagu-lagu raya  dan ucapan-ucapan yang telah didekasikan dari para pelajar sendiri.


Tepat jam 4 petang, adalah sessi yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu sessi bergambar mengikut batch. Dimulakan dengan batch tahun ke-6 dan sehinggalah tahun ke-2. Setelah puas para pelajar bergambar di merata tempat yang telah didekorasikan oleh pihak penganjur, maka tamatlah majlis kira-kira jam 5 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Sekali lagi, KUNIZH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Moga akan ada lagi majlis-majlis yang merapatkan hubungan antara semua pelajar di Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

28 September 2010

Majlis Makan Malam bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Moscow

Rombongan delegasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan melawat negara Russia dalam minggu ini. Sehubungan dengan itu, sebuah Majlis Makan Malam bersama YB Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia akan diadakan di Moscow.

Majlis Makan Malam ini akan berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow pada 30hb September 2010 dan bermula jam 7.00 petang. Pengangkutan dari Nizhny Novgorod ke Moscow disediakan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia di Russia.

Kod pada Majlis Makan Malam ialah pakaian FORMAL (lelaki berbaju kebangsaan atau jika berbaju kemeja wajib memakai tali leher manakala perempuan berbaju kurung atau pakaian formal lain yang sesuai). Bilik persalinan disediakan.

Berikut adalah senarai nama pelajar Malaysia dari Nizhny Novgorod yang akan hadir ke majlis tersebut:

No

Nama

Tahun Pengajian

1.

Arrif Azali bin Azman

Tahun 2

2.

Izar Shahizad bin Shah Zarin**

Tahun 2

3.

Muhamad Bashirushdan bin Azemi

Tahun 2

4.

Muhamad Zarul Azwan bin Zulkifli**

Tahun 2

5.

Noor Fakhirah binti Mohd Lazim

Tahun 2

6.

Nur Amira binti Azhar

Tahun 2

7.

Nur Iffah Aqilah binti Mohamad Halid**

Tahun 2

8.

Nurul Farahin Bt. Zulkarnain

Tahun 2

9.

Nurul Syahirah binti Zulhaimi

Tahun 2

10.

Siti Hajar Binti Mohammad Farid

Tahun 2

11.

Wan Ahmad Zhafran bin Wan Roslan**

Tahun 2

12.

Aaron Kong Tze Kwang

Tahun 3

13.

Amal Ruhi binti Othman

Tahun 3

14.

Fatin Syahirah binti Nahrowi**

Tahun 3

15.

Godwinna Chong Siew Chin

Tahun 3

16.

Jeffrey Lee Jia Jian

Tahun 3

17.

Lim Chia Chuen

Tahun 3

18.

Mohd Hakim bin Mohd Aminullah**

Tahun 3

19.

Mohd Khairul Anuar bin Kamarudin

Tahun 3

20.

Noor Faezah binti Che Rus

Tahun 3

21.

Nur Amalina binti Che Mansor

Tahun 3

22.

Rebecca Chew Su Li

Tahun 3

23.

Wan Mohamad Haziman bin Wan Taib

Tahun 3

24.

Farahani Nabila binti Mat Said

Tahun 4

25.

Fatimah binti Othman

Tahun 4

26.

Gahyathri Balakrishnan

Tahun 4

27.

Hearsley Matthew anak Mathew Nyodem

Tahun 4

28.

Mohamad Hafiz bin Harun**

Tahun 4

29.

Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli**

Tahun 4

30.

Mohd Hazim bin Abdullah

Tahun 4

31.

Muhammad Aizat bin Mohd Kamal

Tahun 4

32.

Muhammad Asyraf bin Rusli

Tahun 4

33.

Dayang Haniffa binti Abang Hashim

Tahun 5

34.

Mervyn Ong Eng Han

Tahun 5

35.

Mohd Iqbal bin Mohd Ayob

Tahun 5

36.

Mohd Iryan bin Che Othman

Tahun 5

37.

Pang Yee Jack

Tahun 5

38.

Tan Jung Khang

Tahun 5

39.

Tan Xinyi

Tahun 5

40.

Lim Kheng Huat

Tahun 6


Berikut adalah tentatif perjalanan:

30/09/2010
8.00 pagi - Berkumpul di perkarangan Hostel No.3 dan bertolak
4.00 petang - Dijangka tiba di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, melawat bandaraya Moscow (mengikut kesesuaian masa)
7.00 malam - Majlis Makan Malam bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia
11.00 malam – Sesi bergambar bersama Menteri
11.30 malam - Bertolak balik ke Nizhny Novgorod

01/10/2010
6.00 pagi - Dijangka tiba di perkarangan Hostel No.3, NNSMA
Dan semua pelajar menjalani kelas praktikal dan kuliah seperti biasa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK bertugas (Nizhny Novgorod) pada majlis makan malam ini - Sdr. Mohamad Hafiz (Abe).

Sekian, terima kasih.

12 May 2010

HARI KELUARGA KUNIZH-PPIM 2010




Menjelang Musim Bunga setiap tahun, Kelab UMNO Luar Negara Nizhny Novgorod (Kunizh) menganjurkan Hari Keluarga dengan kerjasama sebuah lagi organisasi pelajar iaitu Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). Program bukan akademik ini disasarkan kepada kelompok pelajar bumiputera yang menuntut di Nizhny Novgorod State Medical Academy (NNSMA). Hari Keluarga 2010 merupakan penganjuran kali ke-3 sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 yang lalu.

Hari Keluarga 2010 telah berjaya dianjurkan pada 1hb Mei 2010 bertemakan “Family Outing” sesuai dengan konsep bersantai. Dengan konsep berkenaan ianya dapat mengeratkan hubungan antara pelajar baru dan pelajar lama selain dapat merehatkan minda sebelum musim peperiksaan bermula.

Upacara Pembukaan dan Senaman Aerobik di Perkarangan Hostel 3

Program Hari Keluarga bermula seawal jam 8.00 pagi apabila semua peserta berkumpul di perkarangan asrama pelajar. Bacaan doa sebagai pembuka majlis dan nyanyian patriotik sebagai pembakar semangat di awal pagi. Program ini dirasmikan oleh Presiden PPIM, Sdr. Ezwan Suryakarta. Selepas sesi ucapan tersebut program diteruskan dengan senaman aerobik sebelum bertolak ke lokasi iaitu di Taman Sentral Nizhny (Nizhny Central Park) yang terletak di Persiaran Gagarin.

Setiap kumpulan terdiri dari 10 orang pelajar dan sebanyak 14 kumpulan telah dibentuk untuk Hari Keluarga kali ini. Setelah selesai sesi ta’ruf dalam kumpulan masing-masing, semua peserta mula menghidupkan api untuk berbeku (BBQ) sebelum urusetia memulakan acara permainan yang menarik dan mencabar.

Permainan seperti “Ultimate Frisbee”, “Amazing Race”, “Toxic Waste” dan “Battle Ship” telah dianjurkan dengan jayanya. Permainan tersebut dapat mengajak para peserta mengenal potensi diri dan mencabar diri sendiri selain memupuk semangat berpasukan.

Antara gambar menarik yang dapat dirakam oleh lensa kamera.

Aksi bersemangat yang ditunjukkan oleh pelajar tahun terakhir.

Permainan sukaneka juga diadakan seperti “Mama chop Papa grill”, “Bakery Shop” dan “Banana pass” yang dapat melatih peserta berdikari dan bersyukur dengan cabaran yang diberikan.

Kira-kira pukul 3.00 petang program sampai ke penghujungnya. Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Presiden Kunizh, Sdr. Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli kepada kumpulan-kumpulan yang terbaik.

Akhir, saya selaku wakil Kunizh ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang hadir kerana memeriahkan program yang hebat ini dan tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan jawatankuasa pelajar yang bertungkus lumus dalam menjayakan Hari Keluarga kali ini. Kesimpulannya, program Hari Keluarga ini perlu diteruskan supaya tradisi murni dapat dikekalkan terutama dalam mengeratkan hubungan antara pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.