09 May 2011

Perjumpaan bersama Badan Perhubungan Negara (BPN) Rusia

Salam wrt.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu baru-baru ini, 7 Mei 2011, telah diadakan satu perjumpaan TERGEMPAR antara pihak KUNIZH dan Badan Perhubungan Negara (BPN) Rusia dan KUMOSC!!! Haha..xde lah tergempar mane pown..but gempak la jugak.. ;P

Bagi pengetahuan pembaca-pembaca sekalian (kalau ade yg bace la yer..), BPN merupakan sebuah badan yang menghubungkan semua kelab-kelab UMNO luar Negara yang berada di Rusia ni. BPN buat masa ini memayungi empat buah kelab UMNO yang kini berada di Rusia termasuk Kelab Umno Moscow, Kelab UMNO Nizhny Novgorod, Kelab UMNO Volgograd dan Kelab UMNO Kursk.

Perjumpaan kali ini telah dihadiri oleh wakil-wakil BPN Rusia yang turun sendiri dari Moscow ke bandar Nizhny Novgorod, atau orang sini panggil bandar ‘Карман России’ (poket Russia).

Perwakilan dari BPN telah diketuai oleh Pengerusi KUMOSC, saudara Akmal Salleh, bersama beberapa ahli yang lain.

Antara isu-isu yang dibincangkan termasuklah aktiviti-aktiviti KUNIZH sepanjang semester ini dan semester lepas, penglibatan KUNIZH sebagai Project Manager bagi program Predeparture briefing pada musim panas di Malaysia nanti, aktiviti tambahan BPN untuk melawat kampung di Melaka serta isu hangat penduduk Nizhny yang bakal menganjurkan Malaysia Intervarsity Games 2012 nanti.

Walaupun perbincangan berakhir agak lewat (naseb baek ade late dinner pastu, kureng cket rase penat..huhu), namun, kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan hasil perbincangan.

Kepada pihak KUMOSC dan BPN, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua turun ke bumi Nizhny ini. Kami juga turut berbesar hati menerima kehadiran kalian seandainya nak datang melawat bandar ‘hebat’ ni lagi. Jemputlah datang lagi yer… :D


Gambar kenangan bersama musafir-musafir dari Moscow

(semua control macho...) ;P


No comments:

Post a Comment