28 November 2010
15 November 2010
27 October 2010
Berminat untuk membuat korban?
17 October 2010
Mesyuarat Agung Tahunan 2010/2011
Majlis bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Dewan Asrama Hostel 3. Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang yang jarang sekali bergema di Nizhny.
Acara diteruskan dengan bacaan doa dan pembentangan perlembagaan KULN oleh saudara Hafiz Harun Saudara Hafiz menekankan fasal-fasal perlembagaan KULN yang dikira penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar Nizhny seperti syarat-syarat keahlian dan kepentingan bekerjasama antara kaum. Seterusnya diikuti dengan perlembagaan aktiviti-aktiviyi lepas dan kewangan.
Kemudian berlangsung upacara pelantikan barisan Kepimpinan KUNIZH 2010/2011 yang terdiri daripada 20 orang ahli. Ahli Majlis Tertinggi yang baru diketuai oleh Saudara Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli, diikuti dengan bacaan ikrar dan tandatangan akur janji oleh pengerusi KUNIZH. Diharap dengan barisan kepimpinan yang baru ini, mampu membawa KUNIZH maju setapak lagi ke hadapan.
06 October 2010
Annual Grand Meeting 2010

Majlis Mesra Aidilfitri bersama Menteri Belia dan Sukan
Seramai 38 orang warga Malaysia di Nizhny yang bertolak pada pukul 9 pagi dari sini dengan menaiki sebuah bas. Kira-kira jam 5 petang kami tiba di Kedutaan Malaysia di Moscow. Walaupun perjalanan lama itu agak memenatkan, namun semangat yang ada untuk turut serta menghadiri majlis tersebut tidak pernah luntur malah kami sangat beruntung kerana berkesempatan untuk mengahadiri majlis seperti ini.
Majlis yang bermula pada jam 730 malam ini dihadiri oleh 600 orang pelajar dan rakyat Malaysia di Moscow. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dengan penuh semangat, diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar Malaysia, saudara Mohd Akmal Bin Salleh. Kemudiannya diikuti dengan ucapan yang ringakas tapi penuh bermakna daripada Dato' Richard Jaem dan seterusnya ucapan dari Dato' Ahmad Shabery Cheek sekaligus merasmikan Majlis Mesra Aidilfitri ini.
Kira-kira jam 1100 malam, majlis pun bersurai. Dan kami sebagai pelajar yang menuntut di Nizhny pulang semula ke tempat kami dengan menaiki bas. Walaupun kami keletihan, namun kerana semangat dan kasihlah kami tetap ingin menjayakan majlis ini. Moga suatu hari nanti, kami berpeluang sekali lagi untuk menghadirinya.
05 October 2010
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010
Sekali lagi, KUNIZH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Moga akan ada lagi majlis-majlis yang merapatkan hubungan antara semua pelajar di Malaysia tidak kira bangsa dan agama.
28 September 2010
Majlis Makan Malam bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Moscow
Rombongan delegasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan melawat negara Russia dalam minggu ini. Sehubungan dengan itu, sebuah Majlis Makan Malam bersama YB Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia akan diadakan di Moscow.
Majlis Makan Malam ini akan berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow pada 30hb September 2010 dan bermula jam 7.00 petang. Pengangkutan dari Nizhny Novgorod ke Moscow disediakan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia di Russia.
Kod pada Majlis Makan Malam ialah pakaian FORMAL (lelaki berbaju kebangsaan atau jika berbaju kemeja wajib memakai tali leher manakala perempuan berbaju kurung atau pakaian formal lain yang sesuai). Bilik persalinan disediakan.
Berikut adalah senarai nama pelajar Malaysia dari Nizhny Novgorod yang akan hadir ke majlis tersebut:
No | Nama | Tahun Pengajian |
1. | Arrif Azali bin Azman | Tahun 2 |
2. | Izar Shahizad bin Shah Zarin** | Tahun 2 |
3. | Muhamad Bashirushdan bin Azemi | Tahun 2 |
4. | Muhamad Zarul Azwan bin Zulkifli** | Tahun 2 |
5. | Noor Fakhirah binti Mohd Lazim | Tahun 2 |
6. | Nur Amira binti Azhar | Tahun 2 |
7. | Nur Iffah Aqilah binti Mohamad Halid** | Tahun 2 |
8. | Nurul Farahin Bt. Zulkarnain | Tahun 2 |
9. | Nurul Syahirah binti Zulhaimi | Tahun 2 |
10. | Siti Hajar Binti Mohammad Farid | Tahun 2 |
11. | Wan Ahmad Zhafran bin Wan Roslan** | Tahun 2 |
12. | Aaron Kong Tze Kwang | Tahun 3 |
13. | Amal Ruhi binti Othman | Tahun 3 |
14. | Fatin Syahirah binti Nahrowi** | Tahun 3 |
15. | Godwinna Chong Siew Chin | Tahun 3 |
16. | Jeffrey Lee Jia Jian | Tahun 3 |
17. | Lim Chia Chuen | Tahun 3 |
18. | Mohd Hakim bin Mohd Aminullah** | Tahun 3 |
19. | Mohd Khairul Anuar bin Kamarudin | Tahun 3 |
20. | Noor Faezah binti Che Rus | Tahun 3 |
21. | Nur Amalina binti Che Mansor | Tahun 3 |
22. | Rebecca Chew Su Li | Tahun 3 |
23. | Wan Mohamad Haziman bin Wan Taib | Tahun 3 |
24. | Farahani Nabila binti Mat Said | Tahun 4 |
25. | Fatimah binti Othman | Tahun 4 |
26. | Gahyathri Balakrishnan | Tahun 4 |
27. | Hearsley Matthew anak Mathew Nyodem | Tahun 4 |
28. | Mohamad Hafiz bin Harun** | Tahun 4 |
29. | Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli** | Tahun 4 |
30. | Mohd Hazim bin Abdullah | Tahun 4 |
31. | Muhammad Aizat bin Mohd Kamal | Tahun 4 |
32. | Muhammad Asyraf bin Rusli | Tahun 4 |
33. | Dayang Haniffa binti Abang Hashim | Tahun 5 |
34. | Mervyn Ong Eng Han | Tahun 5 |
35. | Mohd Iqbal bin Mohd Ayob | Tahun 5 |
36. | Mohd Iryan bin Che Othman | Tahun 5 |
37. | Pang Yee Jack | Tahun 5 |
38. | Tan Jung Khang | Tahun 5 |
39. | Tan Xinyi | Tahun 5 |
40. | Lim Kheng Huat | Tahun 6 |
Berikut adalah tentatif perjalanan:
30/09/2010
8.00 pagi - Berkumpul di perkarangan Hostel No.3 dan bertolak
4.00 petang - Dijangka tiba di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, melawat bandaraya Moscow (mengikut kesesuaian masa)
7.00 malam - Majlis Makan Malam bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia
11.00 malam – Sesi bergambar bersama Menteri
11.30 malam - Bertolak balik ke Nizhny Novgorod
01/10/2010
6.00 pagi - Dijangka tiba di perkarangan Hostel No.3, NNSMA
Dan semua pelajar menjalani kelas praktikal dan kuliah seperti biasa.
Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK bertugas (Nizhny Novgorod) pada majlis makan malam ini - Sdr. Mohamad Hafiz (Abe).
Sekian, terima kasih.
12 May 2010
HARI KELUARGA KUNIZH-PPIM 2010

Menjelang Musim Bunga setiap tahun, Kelab UMNO Luar Negara Nizhny Novgorod (Kunizh) menganjurkan Hari Keluarga dengan kerjasama sebuah lagi organisasi pelajar iaitu Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). Program bukan akademik ini disasarkan kepada kelompok pelajar bumiputera yang menuntut di
Hari Keluarga 2010 telah berjaya dianjurkan pada 1hb Mei 2010 bertemakan “Family Outing” sesuai dengan konsep bersantai. Dengan konsep berkenaan ianya dapat mengeratkan hubungan antara pelajar baru dan pelajar lama selain dapat merehatkan minda sebelum musim peperiksaan bermula.
Upacara Pembukaan dan Senaman Aerobik di Perkarangan Hostel 3
Program Hari Keluarga bermula seawal jam 8.00 pagi apabila semua peserta berkumpul di perkarangan asrama pelajar. Bacaan doa sebagai pembuka majlis dan nyanyian patriotik sebagai pembakar semangat di awal pagi. Program ini dirasmikan oleh Presiden PPIM, Sdr. Ezwan Suryakarta. Selepas sesi ucapan tersebut program diteruskan dengan senaman aerobik sebelum bertolak ke lokasi iaitu di Taman Sentral Nizhny (Nizhny Central Park) yang terletak di Persiaran Gagarin.
Setiap kumpulan terdiri dari 10 orang pelajar dan sebanyak 14 kumpulan telah dibentuk untuk Hari Keluarga kali ini. Setelah selesai sesi ta’ruf dalam kumpulan masing-masing, semua peserta mula menghidupkan api untuk berbeku (BBQ) sebelum urusetia memulakan acara permainan yang menarik dan mencabar.
Permainan seperti “Ultimate Frisbee”, “Amazing Race”, “Toxic Waste” dan “Battle Ship” telah dianjurkan dengan jayanya. Permainan tersebut dapat mengajak para peserta mengenal potensi diri dan mencabar diri sendiri selain memupuk semangat berpasukan.
Antara gambar menarik yang dapat dirakam oleh lensa kamera.
Aksi bersemangat yang ditunjukkan oleh pelajar tahun terakhir.
Permainan sukaneka juga diadakan seperti “Mama chop Papa grill”, “Bakery Shop” dan “Banana pass” yang dapat melatih peserta berdikari dan bersyukur dengan cabaran yang diberikan.
Kira-kira pukul 3.00 petang program sampai ke penghujungnya. Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Presiden Kunizh, Sdr. Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli kepada kumpulan-kumpulan yang terbaik.