05 October 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2010

Pada hari ahad, 18 Oktober 2010 yang lalu pihak Kelab Umno Luar Negara Nizhny (KUNIZH) berkolaberasi bersama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah menganjurkan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di perkarangan Hostel 3.

Majlis yang bermula daripada pukul 2 petang itu dihadiri oleh 350 orang pelajar Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada Mohd Hasnol Helmi, selaku pengerusi KUNIZH dan juga Ezwan Suryakarta, selaku pengerusi PPIM. Acara juga diteruskan dengan ucapan daripada Azli Nasiruddin sekalu pengarah project dan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010.


Kemudian, semua warga Nizhny dijemput mengambil pelbagai juadah makanan antaranya adalah nasi hujan panas, ayam madu, kuah dalca, kuah lodeh dan agar-agar. Sambil asyik menikmati makanan yang enak belak, majlis turut diajak untuk menghayati latunnan suara dari Mohd Hazim yang membacakan tilawah Al-quran. Di samping itu, majlis turut dihiburkan dengan merduan lagu-lagu raya  dan ucapan-ucapan yang telah didekasikan dari para pelajar sendiri.


Tepat jam 4 petang, adalah sessi yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu sessi bergambar mengikut batch. Dimulakan dengan batch tahun ke-6 dan sehinggalah tahun ke-2. Setelah puas para pelajar bergambar di merata tempat yang telah didekorasikan oleh pihak penganjur, maka tamatlah majlis kira-kira jam 5 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Sekali lagi, KUNIZH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Moga akan ada lagi majlis-majlis yang merapatkan hubungan antara semua pelajar di Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

1 comment:

  1. gambar muiz & borkjan tersangatlah fabolous!! haha. anyway, tahniah kepada Sdr. Azli dan seluruh pasukan sambutan hari raya kerna anjur program raya yang best, seronok dan makan besar! all the way! keep up!!

    ReplyDelete