17 October 2010

Mesyuarat Agung Tahunan 2010/2011

Pada 9 Oktober 2010, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4. Majlis bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara (KUNIZH) 2010/2011. Majlis ini dihadiri lebih 70 orang pelajar yang merupakan ahli KUNIZH serta tetamu jemputan daripada barisan kepimpinan Malaysian Student Association (MSA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) serta Malaysian Indian Student Association (MISA) sebagai pemerhati dan juga sebagai tanda kesediaan KUNIZH untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan di Nizhny pada masa yang mendatang.

Majlis bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang bertempat di Dewan Asrama Hostel 3. Majlis dimulakan dengan penuh semangat patriotik dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang yang jarang sekali bergema di Nizhny.



Acara diteruskan dengan bacaan doa dan pembentangan perlembagaan KULN oleh saudara Hafiz Harun Saudara Hafiz menekankan fasal-fasal perlembagaan KULN yang dikira penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar Nizhny seperti syarat-syarat keahlian dan kepentingan bekerjasama antara kaum. Seterusnya diikuti dengan perlembagaan aktiviti-aktiviyi lepas dan kewangan.

Kemudian berlangsung upacara pelantikan barisan Kepimpinan KUNIZH 2010/2011 yang terdiri daripada 20 orang ahli. Ahli Majlis Tertinggi yang baru diketuai oleh Saudara Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli, diikuti dengan bacaan ikrar dan tandatangan akur janji oleh pengerusi KUNIZH. Diharap dengan barisan kepimpinan yang baru ini, mampu membawa KUNIZH maju setapak lagi ke hadapan.



Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua-ketua exco, timbalan pengerusi dan diakhiri dengan ucapan pengerusi KUNIZH yang telah menjelaskan hala tuju KUNIZH dan rancangan masa depan KUNIZH. KUNIZH 2010/2011 akan cuba sebaiknya untuk menjaga kebajikan, meningkatkan mutu sukan dan akademiknya, dan sekiranya mendapat bantuan dan sokongan seratus peratus daripada para pelajar Nizhny dengan izin Allah, semua perancangan KUNIZH akan dapat direalisasikan.


No comments:

Post a Comment