Showing posts with label Aktiviti Kelab. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kelab. Show all posts

14 March 2012

hem,,ape KUNIZH dah buat?

salam wbt..
wah ..lama bebenor x hapdate blog nie...so 1stly ..jom kita hembus habuk2 kat sini sama2...FUH..fuh~ ( SOB jap) hii..;)
oklah..walaupun blog ini tidak beraktiviti...tak bermaksud KUNIZH tidak beraktiviti ( seyesly , tak tipu) ..
oklah...so ape KUNIZH buat?
hum..banyak oo..i pun x sangka.
jom sama-sama kita imbau :)

1) bowling 1 MALAYSIA.

 pertandingan boling kali ke 2 yang diadakan di "fantastika" pada 17 februari 2012.
pertandingan yang melibatkan semua pelajar Nizhny Novgorod, (bukan ahli KUNIZH ) al-maklumlah nama pun 1MALAYSIA.
alhamdulillah, sambutan yang sgt2 memberansangkan , 10 pasukan berentap dgn mantap sekali.
siapa sangka , gaya balingan peserta, kalau shalin zulkifli tgk pun ,,boleh terkejut kejap:) heheh
setelah penat berentap , pastilah ade pemenangnye kan .
siapakah yang terer itu ?

male team:
1st : farid,firdaus n willi
2nd : fitri, adli , david.
best player: fitri

female team :
1st: atikah rahim, fatin hanani, erna nadia
2nd: syikin said, fatimah othman, jamaliza jamal.
best player: atikah rahim

hum, since  i tulis banyak2 pun u all malas baca kan??
so,jom tgk pic korang yang hot-hot belaka~



focus untuk membaling nie, "ya ALLAh, mintak2lah strike!" :)

agak2 boleh menang x nie?? *_*

fuh,,penat dah baling, lex2 dulu, snap2 picture dulu :P

AJK bz  kira markah ke? nway yang belakang tue yang bz, kak yana: posing dulu  :0

alhamdulillah ,,setel!!!!!!

2) WINTER CUP 2012

piala musim sejuk, yang julung2 kali nya dianjurkan tahun lepas, alhamdulillah, masih boleh diteruskan tahun ini, dan inshaALLAH , untuk tahun2 yang akan datang jugak harapnya:)
tp , winter cup tahun ini, tak tipulah,,banyak betul rintangan yang perlu dihadapi. bertabah je semua AJK ..>,<
bukannya ape, sebab nak menganjurkan sesuatu yang SUPER BEST, kenalah kerjanya pun SUPER BEST,
tapi apalah sangat penat kitorang , kalau x da support dr KORaNG yang SUPER DUPER BEST. nway ..Nizhnianz..mmg Ohsem lah:)

oklah...best2..ape yang best nye??
ini dia.
1) banyak sungguh GAMe.
- handball
-basketball
-netball
-futsall
2) banyak sungguh masa dan  tempat yang digunakan.
3) banyak sungguh peserta :)
4) yang paling best : banyak sungguh hadiah..

the results:
to make it short:
pemilik winter cup tahun ini:
5th year~
wajah2 juara :) 


k lah, jom selak album kita:)

netballerzzzz~~

maen netball pun boleh fly:)
rusuhan ke?? apakah ~ *_*

futsall

for more picture i hapdate later..
p/s : tq for k yana, k suha..(  i amik gambar kat fb korang)
wasalam

23 April 2010

SOROTAN HARI KELUARGA NIZHNY




Hari Keluarga di Nizhny telah dianjurkan sejak tahun 2008. Buat pertama kalinya , Kelab UMNO Nizhny Novgorod telah melibatkan diri dalam penganjuran Hari Keluarga 2009 bersama dengan PPIM Nizhny. Buat pertama kalinya juga Hari Keluarga 2009 telah diberikan tema ‘JOM SANTAI SESAMA KITA’. Sejak daripada penganjuran kali pertama pada tahun 2008, Hari Keluarga telah mengalami pelbagai evolusi dalam usaha menjadikan program ini lebih menarik. Program yang kebiasaaannya diadakan pada cuti Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun telah mendapat sambutan hangat daripada warga Nizhny dan telah menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan tatkala musim bunga menjelma.

Bersenam di Perkarangan Hostel 3

Berjalan kaki menuju ke tapak Hari Keluarga.

Ketika sedang bermain futsal

Akibat terlalu bersemangat ,bola masuk ke dalam tasik.Bergotong-royong mengutip bola yang terjatuh ke dalam tasik

Hari Keluarga ini dianjurkan bagi mengumpulkan warga bumiputera di Nizhny dalam usaha memperkukuhkan silaturahim yang telah dibina dan sebagai medan perkenalan antara junior dan senior.Penganjuran Hari Keluarga sentiasa dikemaskini selaras dengan perkembangan sesama dan bagi memastikan ia terus menjadi tarikan kepada warga Nizhny.

Semangat berpasukan yang ditunjukkan.

Sebelum pulang kembali ke hostel.

Di akhir program sebelum Majlis Penyampaian Hadiah.

Membersihkan kembali tapak program sebelum pulang.

Nantikan kedatangan Hari Keluarga 2010 pada 1 Mei ini.Sertai evolusi Hari Keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Amazing Race,BBQ, Sukaneka dan lain-lain.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Daftar segera kepada wakil batch masing-masing.


28 March 2010

SUMBANGAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI PADANG, SUMATERA

Gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera pada 30 September 2009 dengan skala ritcher 7.9 telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.


Sebagai tanda prihatin penduduk Malaysia terhadap mangsa-mangsa tersebut, kelab UMNO Nizhny Novgorog (KUNIZH) telah mengadakan kutipan derma untuk disalurkan kepada mereka.


Kutipan derma telah diadakan dari bilik ke bilik dan disalurkan kepada :


TABUNG BENCANA NSTP-MEDIA PRIMA


Selain daripada itu, derma juga boleh disalurkan terus ke TABUNG BENCANA NSTP-MEDIA PRIMA melalui maybank2u :


Akaun Maybank 2u : 5-14105-32075 (TABUNG BENCANA NSTP-MEDIA PRIMA)


Hasil daripada kutipan derma itu, KUNIZH berjaya mengumpul sebanyak 10407.08 rubles dan RM30 untuk didermakan kepada mangsa gempa bumi di Padang.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga Nizhny yang telah menyumbangkan derma. Diharap sumbangan kita dapat meringankan beban saudara-saudara kita di sana.