21 April 2010

Давай Вместе KUNIZH 2010


Buat julung-julung kalinya, pada 3 dan 4 April yang lalu ,Kelab UMNO Nizhny
Novgorod (KUNIZH), telah menganjurkan Program DAVAI B MESTE yang berkonsepkan induksi ,suai kenal dan santai bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara pelajar-pelajar bumiputera di Nizhny.Program yang berkonsepkan seumpama ini pertama kali dianjurkan dan telah berjaya mengumpulkan hampir 70 orang pelajar Melayu Bumiputera di Nizhny Novgorod State Medical Academy(NNSMA).Selain itu, program ini juga mendapat respons yang sangat positif dari pelajar-pelajar yang menyertainya.


Para peserta sedang menyanyikan lagu-lagu patriotik

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta terlebih dahulu. Kemudian mereka dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Selepas tamat sesi pendaftaran , program dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar tahun 6, Mohd Fadzli bin Zahari. Selepas selesai bacaan doa,presiden KUNIZH, Mohd Hasnul Helmi bin Zulkifli memberi sepatah kata dua sebelum memulakan aktiviti program Davai Bmeste.

Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ,Abdul Halim bin Abu Bakar. Aktiviti program ini dimulakan dengan Ice Breaking, dimana semua peserta berkenalan dengan peserta-peserta di dalam kumpulan masing-masing dan juga kumpulan lain. Setiap kumpulan juga dikehendaki membuat ‘cheer’ bagi kumpulan mereka.


Kumpulan Kislika sibuk bermain game 'Charade'

Selepas tamat sesi suai kenal, program ini dihangatkan lagi dengan permainan ‘Charade’. Dalam permainan ini,setiap kumpulan dikehendaki meneka apa yang dilakonkan oleh ahli kumpulan mereka.

Kumpulan Kesatuan sedang bermain Game 'Charade)


Selepas sahaja selesai aktiviti itu, para peserta dipanaskan lagi dengan permainan ‘Throw Your Story’. Permainan ini sangat menarik dan menguji kreativiti para peserta. Dalam permainan ini,mereka dikehendaki untuk menyambung cerita yang diberikan kepada mereka. Kita dapat lihat bagaimana kreativiti peserta-peserta untuk menjadikan cerita mereka lebih menarik.

Bangunan yang telah dicipta dalam game 'Minda Kreatif '

Pada keesokan harinya pula, para peserta diuji pula dengan permainan kuiz. Para peserta diberikan soalan mengenai hal-hal berkaitan dengan berita semasa dan sejarah. Sebaik sehaja selesai permainan kuiz,para peserta sekali lagi diuji daya kreativiti mereka dengan permainan ‘Minda Kreatif’. Dalam permainan ini, pihak penganjur meminta peserta untuk mereka bangunan mengikut soalan yang diberikan.Bangunan tersebut merupakan tarikan pelancongan di Bandar Nizhny Novgorod.

Aksi peserta dalam game 'Trading' ketika menguji skil keusahawanan masing-masing.

Kemudian aktiviti terakhir untuk program Davai Bmeste,iaitu permainan ‘Trading’. Dalam permainan ini,para peserta akan berinteraksi dengan setiap kumpulan untuk membeli barangan yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.Permainan ini juga melatih skil keusahawanan dan interaksi dalam bidang perniagaan.

Sebaik sahaja tamat permainan ‘Trading’,tibalah masa untuk penyampaian hadiah. Kumpulan Poyo berjaya merangkul tempat pertama,manakala tempat kedua pula kumpulan Apam balik dan tempat ketiga kumpulan Kesatuan.

Penyampaian hadiah oleh Presiden KUNIZH kepada Kumpulan POYO selaku juara.

Hadiah saguhati kepada kumpulan-kumpulan lain.

Ternyata program seperti ini berjaya merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar senior dan junior. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.





No comments:

Post a Comment