20 April 2010

Review Majlis Qurban Aildiladha 2009


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah yang disambut pada 27 November 2009, Kelab UMNO Nizhny Novgorod telah manganjurkan Majlis Qurban Aidiladha 2009 pada petang 27 November 2009(Jumaat) bertempat di Rumah Sembelihan Ukrankaya Street.

Ibadah Qurban kali ini telah mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada muslimin dan muslimah pelajar Malaysia di Nizhny. Sebanyak seekor lembu dan 3 ekor kambing telah disembelih badi ibadah qurban kali ini. Bekas Pegawai JPA di Moscow, En. Azman bin Ishak turut bermurah hati menyertai ibadah qurban ini. KUNIZH turut membeli seekor kambing dan disumbangkan untuk Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha yang diadakan.

Saudara Halim, Timbalan Presiden KUNIZH mengetuai majlis Qurban bersama pelajar-pelajar lain.

Majlis Qurban di Ukrankaya Street bermula pada pada pukul 4 petang dan berakhir sekitar jam 9 malam telah diketuai oleh Timbalan Presiden KUNIZH ,Saudara Abd Halim B Abu Bakar dan turut dibantu oleh pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar tahun pertama yang begitu teruja apabila menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali di perantauan.

Kumpulan yang bertugas di Rumah Sembelihan telah bergotong-royong untuk membantu proses sembelihan dan melapah daging lembu dan kambing serta membersihkannya untuk dibawa ke hostel kediaman pelajar dan diserahkan kepada kumpulan seterusnya yang telah diketuai oleh Presiden KUNIZH sendiri ,Saudara Mohd Hasnul Helmi. Kumpulan ini telah menimbang dan membahagikan daging, tulang dan organ kepada 7 bahagian bagi lembu sebelum diserahkan kepada peserta Qurban. Keseluruhan proses berakhir sekitar jam 12 tengah malam.


Ketika proses melapah daging dijalankan .

Berehat bersama-sama dengan pekerja rumah sembelihan dan penduduk tempatan selepas selesai proses melapah daging.

Sebahagian daripada daging Qurban ini telah diserahkan keesokan paginya kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada fakir miskin di sekitar Bandar Nizhny. Daging qurban selebihnya telah diagihkan kepada pelajar-pelajar muslim NNSMA dan turut disumbangkan untuk dibuat jamuan.Daging untuk jamuan pula telah diserahkan kepada pasukan memasak yang diketuai oleh Timbalan Presiden 2 KUNIZH, Saudari Fatimah Bt Othman.

Majlis Qurban 1430Hijrah telah berlansung dengan lancar dan jayanya .Terima kasih kepada semua peserta Qurban dan pelajar-pelajar lain yang turut bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis Qurban kali ini. Walaupun jauh menuntut ilmu di perantauan , majlis ini tetap berjaya dianjurkan menunjukkan semangat kerjasama dan ukhwah yang erat di antara ahli-ahli KUNIZH khususnya dan semua pelajar umumnya.

No comments:

Post a Comment