27 April 2010

Lawatan ke Kilang Kristal Vladimir 2010

Salam sejahtera kepada semua pelajar Malaysia bumiputera di NNSMA.

Kunizh akan menganjurkan lawatan ke Kilang Kristal yang tersohor di Russia pada hari Sabtu tarikh 15hb Mei 2010. Kilang Kristal yang diberi nama "Gus-Khrustalny" ini terletak di Vladimir, salah sebuah negeri di Russia. Kedudukan negeri Vladimir ini bersebelahan dengan negeri Nizhny Novgorod.


Gus-Khrustalny juga merupakan salah satu pusat tertua di Russia dalam sektor perusahaan kaca dan kristal.

Berikut adalah tentatif perjalanan:

6.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Hostel No.3 dan Bas bertolak

10.oo pagi : Dijangka tiba di Gus-Khrustalny

3.00 petang : Lawatan sekitar bandar Vladimir

6.00 petang : Bertolak pulang ke Nizhny Novgorod

Makanan dan minuman tidak disediakan sepanjang program ini. Sila bawa bekalan makanan sendiri untuk sepanjang hari lawatan.



Kepada sesiapa yang berminat sila buat tempahan, dan dapatkan maklumat mengenai lawatan dari wakil-wakil Kunizh berhampiran anda. Tarikh tutup penyertaan pada 2hb Mei 2010. Bayaran yuran penyertaan adalah RUR 500. Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Presiden Kunizh, Saudara Hasnul di talian 89200196928 atau Timb. Presiden, Saudari Atam 89200188707.

3 comments:

  1. salam.
    silap num tu,
    atam :89200221640

    sile2 utk book skrg,
    krn seat adalah terhad...=)

    ReplyDelete
  2. ntuk makluman..tempat utk lawatan ke vladimir sudah penuh..dan kepada yang telah mendaftarkan diri sebelum 12.30 malam(30 April 2010)..tempat anda kami telah reservekan..harap maklum..

    ReplyDelete
  3. Jawatankuasa Penganjur Lawatan telah tutup penyertaan ke Vladimir kerana tempat dah penuh. Harap maklum.

    ReplyDelete